Israel Mengaku Berdepan Serangan Roket Paling Hebat Dari Hamas
1 min read
Sistem anti peluru berpandu Iron Dome Israel sedang memintas roket dari Pejuang Palestin. Ada kalanya ia gagal dan serangan Palestin berjaya membinasakan mereka.
Ketua Tentera rejim Zionis Israel mengakui mereka sedang berdepan serangan roket paling teruk dalam kebangkitan terbaharu pejuang Palestin sekarang ini dari Pejuang Hamas di Gaza.
Mejar Jeneral Ori Gordin, berkata sejak Isnin lalu, pejuang Hamas di Gaza melancarkan kira-kira 3,000 roket ke arah Israel, mengatasi jumlah yang dilancarkan pada tahun 2019 dan ketika perang 2006 dengan pejuang tentera Lebanon, Hezbollah.
Komander tentera Israel itu mengemukakan grafik kepada kumpulan wartawan yang menunjukkan data jumlah roket yang dilancarkan ke arah Israel dalam beberapa tahun terakhir dan yang terkini.
Ketika pertempuran pada November 2019 antara tentera dan pejuang Islam, sebanyak 570 roket dilancarkan dari Gaza ke arah Israel selama tiga hari.
Menurut data itu, dalam perang pada tahun 2006 dengan pejuang Hezbollah yang disokong Iran, sejumlah 4,500 roket dilancarkan ke Israel selama 19 hari.
Ditanya adakah serangan sejak Isnin adalah kadar serangan roket tertinggi ke arah Israel, Gordin berkata: “Bukan saja saya setuju, inilah yang saya sampaikan.”
Peningkatan serangan selama seminggu itu didorong oleh ketegangan di Baitulmaqdis Timur yang diduduki Israel, dan menyaksikan jumlah kematian di Semenanjung Gaza yang padat dengan penduduk meningkat kepada 181 orang serta 10 korban di Israel, berdasarkan laporan pihak berkuasa di kedua-dua pihak. – SEPATAH DUA