June 1, 2023

Pendaftaran Fasa Kedua Suntikan Vaksin AstraZeneca Akan Dibuka 23 Mei Ini

2 min read

 

Permohonan untuk dapatkan suntikan vaksin AstraZeneca fasa kedua akan dibuka pada 23 hingga 26 Mei ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang juga Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata untuk pendaftaran kali ini, hanya untuk warga emas berusia 60 tahun ke atas.

Selain itu, pendaftaran dibuka untuk mereka yang menetap di Lembah Klang, Johor, Sarawak dan Pulau Pinang.

Pendaftaran boleh dilakukan melalui laman web dan juga klinik kesihatan komuniti.

“Susulan sambutan yang mengalakkan, kerajaan membuka semula inisiatif ini bagi membolehkan warga emas untuk membuat tempatan slot atau akses awal.

“Keprihatinan ke atas warga emas ini adalah atas faktor kumpulan ini perlu terus dilindungi dan mempercepatkan fasa kedua pemberian vaksinasi,” katanya dalam sidang akhbar Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di Kota Kinabalu, Sabah hari ini.

Namun demikian Khairy menjelaskannya, pengecualian akan diberikan kepada mereka yang dalam senarai menunggu bagi mendapatkan vaksin AztraZeneca.

Dalam perkembangan berasingan, beliau memberitahu, kerajaan membenarkan syarikat Pharmaniaga Bhd sebagai syarikat perintis Pusat Pemberian Vaksin (PPV) industri.

BACA JUGA – PKP 3.0 : Tiada Moratorium Automatik Kali Ini – Gabenor Bank Negara

“Mereka telah membeli vaksin sendiri untuk diberi kepada pekerja kilang mereka dan kita meluluskan permohonan ini memandangkan ini adalah kilang vaksin dan saya tidak mahu kilang ini terpaksa ditutup ekoran jangkitan,” jelasnya.

Pada 2 Mei lepas, kerajaan membuka pendaftaran suntikan vaksin AstraZeneca secara sukarela dan terbuka bagi individu yang layak serta berumur 18 tahun dan proses suntikan vaksin itu bermula pada 5 Mei lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *