COVID-19 : KKM Beri Nasihat Amalkan Sekatan Pergerakan Kendiri
1 min read
Statistik jangkitan baharu COVID-19 semalam yang merekodka kes baharu sebanyak 6,075 kes. Sumber Kementerian Kesihatan Malaysia.
Melihat kepada angka terbaru jumlah jangkitan kes COVID-19 semalam iaitu 6,075 kes, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meminta kita untuk mengamalkan Kawalan Pergerakan Kendiri secara sukarela.
Ia bagi membuatkan orang ramai dengan sukarela duduk dan kekal di rumah dan mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menekankan langkah proaktif untuk melakukan sekatan berkenaan atau dikenali sebagai “self lockdown” untuk untuk memutuskan rantaian jangkitan wabak berkenaan yang dibawa oleh virus SARS-COV2.
Menerusi Twitter dan Facebook rasmi KKM, lima tip perlu dilaksanakan oleh orang ramai semasa melakukan sekatan pergerakan kendiri.
“Solat berjemaah lima waktu bersama ahli keluarga. Optimakan pembelian secara dalam talian dan zero tetamu,” menurut kenyataan ringkas itu.
Sehingga Khamis, perkongsian di Twitter telah diulang ciapan lebih 7,785 dan lebih 7256 tanda suka manakala di Facebook, lebih 8,800 perkongsian dan 44,000 tanda suka dari warganet.
Pada Rabu, Malaysia merekodkan kes harian tertinggi dengan 6,075 kes baharu positif Covid-19 sekali gus menjadi yang tertinggi sejak pandemik itu berlaku Mac tahun lalu.
Sementara itu jumlah kes aktif di seluruh negara adalah 47,340 dengan 559 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) manakala 303 pesakit pula memerlukan bantuan mesin pernafasan.
Berdasarkan data yang dikeluarkan KKM, peratusan kes sembuh merudum kepada 89.9 peratus dengan jumlah kes sembuh adalah 3,516 kes menjadikan keseluruhannya adalah 436,116 kes.
Selangor menjadi negeri yang merekodkan kes tertinggi dengan 2,251 kes diikuti Johor (699), Kuala Lumpur (660), Kedah (446), Kelantan (441), Sarawak (323), Perak (220) dan Terengganu (203).
Negeri Sembilan pula melaporkan 189 kes, Pulau Pinang (183), Sabah (160), Pahang (150) dan Melaka manakala Labuan (14), Putrajaya (sembilan) serta Perlis (enam). – SEPATAH DUA
1 thought on “COVID-19 : KKM Beri Nasihat Amalkan Sekatan Pergerakan Kendiri”