September 27, 2021

SepatahDua.My

"KITA SAMA-SAMA MENANG LAWAN COVID-19"

PALESTIN : Hospital al-Shifa Di Gaza Kekurangan Bekalan Perubatan, Doktor Penat Emosi Dan Fizikal

1 min read

Doktor di Hospital al-Shifa sudah mengakui mereta kepenatan dari segi emosi dan fizikal. Mereka bekerja 24 jam dan menerima mangsa dari seluruh Semenanjung Gaza. Foto Al Jazeera.

 

Hospital utama di Semenanjung Gaza iaitu Hospital al-Shifa kini sedang berdepan dengan masalah kekurangan bekalan perubatan dan pertambahan mendadak mangsa yang cedera akibat serangan tentera rejim Zionis.

Agensi berita Al Jazeera melaporkan kapasiti kemudahan di hospital berkenaan juga sudah sampai pada tahap maksimum.

“Unit Rawatan Rapi (ICU) sudah penuh tetapi masih digunakan. Katil di hospital berkenaan hanya tinggal kira-kira 10 buah tetapi ia ditambah kepada 35 katil,” kata Wartawan Youmna Sayed.

Hari ini, seramai 26 orang mangsa cedera dibawa ke hospital berkenaan.

Bagaimanapun, dengan masalah gangguan bekalan elektrik, hospital berkenaan turut berdepan masalah untuk menggunakan peralatan perubatan.

Sementara itu, selama lebih 10 hari para doktor di Semenanjung Gaza kini menguatkan semangat mereka bekerja 24 jam untuk menyelamatkan nyawa mangsa serangan Israel.

Mereka sudah kepenatan dari segi emosi dan fizikal. Tetapihanya kekuatan iman memastikan mereka terus tekad meneruskan tugas di kawasan konflik berkenaan. – SEPATAH DUA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *