June 19, 2021

SepatahDua.My

"KITA SENTIASA BERSAMA WARGA PALESTIN"

Perdana Menteri Beri Jaminan Semua Rakyat Akan Terima Vaksin Sebelum Akhir Tahun Ini

1 min read

 

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan bahawa semua rakyat Malaysia akan diberi suntikan vaksin COVID-19 sebelum hujung tahun ini.

Menurut beliau, ia boleh dilaksanakan kerana lebih banyak bekalan vaksin akan diterima dalam jangka masa terdekat.

Justeru katanya, dengan perkembangan terbaharu itu ia akan melancarkan lagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

“Alhamdulillah bahawa rundingan kita dengan perolehan kita telah selesai untuk mendapatkan bekalan lebih daripada100 peratus penduduk Malaysia.

“Maknanya tidak ada masalah (untuk program imunisasi). Isu sekarang ini bukan isu dapatkan bekalan atau tidak dapat bekalan.

“(Tetapi) bila dia hendak sampaikan bekalan itu. Sebab dia bukan datang sekali gus,” pada program Bicara Khas bertajuk Cabaran Pandemik Covid-19: Eksklusif Bersama Perdana Menteri yang disiarkan menerusi stesen televisyen tempatan malam semalam.

Sementara itu, dalam perkembangan sama, Muhyiddin turut menjelaskan kerajaan tiada halangan jika ada pihak di negara ini yang mahu membeli sendiri vaksin Covid-19.

Bagaimanapun katanya, ia perlu mendapat kelulusan daripada Bahagian Regulartori Farmasi Negara (NPRA). – SEPATAH DUA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *