June 19, 2021

SepatahDua.My

"KITA SENTIASA BERSAMA WARGA PALESTIN"

Bantuan Untuk Rakyat Terjejas Akan Diumumkan Tidak Lama Lagi

1 min read

Keadaan ibu negara Kuala Lumpur ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama kali dilaksanakan pada Mac 2020.

 

Pakej bantuan untuk rakyat dan sektor ekonomi yang terjejas akibat pelaksanaan penutupan penuh sektor ekonomi dan sosial yang bermula 1 Jun hingga 14 Jun nanti akan diumumkan dalam masa terdekat.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan, pakej bantuan itu sedang diperincikan Kementerian Kewangan dan akan dihebahkan kepada umum dalam sedikit masa lagi.

“Susulan keputusan kerajaan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor ekonomi dan sosial, Kementerian Kewangan akan memperincikan pakej bantuan kepada rakyat dan sektor ekonomi yang terkesan.

“Pengumuman mengenai pakej bantuan ini akan dibuat dalam masa terdekat,” kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan, hari ini.

Pelaksanaan perintah LOCKDOWN ini diambil selepas beberapa hari netizen dan beberapa pihak menggesa kerajaan untuk melaksanakannya sama seperti pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada bulan Mac tahun lepas bagi menurunkan jumlah kes jangkitan baharu pandemik COVID-19.

Hari ini, jumlah jangkitan baharu sudah hampir mencecah lima angka dengan 8,290 kes dengan 61 kematian baharu direkodkan.

Orang ramai juga sudah dinasihatkan setiap hari supaya kekal di rumah jika tiada keperluan untuk keluar untuk membantu memutuskan rantaian jangkitan.

Harapan semua adalah supaya kes jangkitan dapat kembali turun ke dua angka. – SEPATAH DUA

1 thought on “Bantuan Untuk Rakyat Terjejas Akan Diumumkan Tidak Lama Lagi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *