December 9, 2023

Orang Ramai Beratur Di Pasar Raya Buat Persiapan Untuk “Total Lockdown”

2 min read

PANJANG... Orang ramai beratur membeli-belah beli barangan keperluan sebagai persiapan untuk kekal di rumah semasa pelaksanaan TOTAL LOCKDOWN yang akan bermula 1 Jun nanti.

 

Selepas kerajaan umumkan pelaksanaan penutupan penuh sektor ekonomi (Lockdown) semalam, hari ini orang ramai menggunakan masa untuk keluar membeli barang keperluan mencukup untuk dudu di rumah selama dua minggu.

Perintah Lockdown bermula pada 1 Jun hingga 14 Jun nanti sebagai langkah untuk turunkan jumlah jangkitan baharu pandemik COVID-19 yang sudah mencecah 9,020 kes hari ini.

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum ini, dikatakan jumlah kes akan mencecah angka 10,000 kes akhir bulan ini berpandukan kepada perkembangan semasa.

Beberapa pasar raya di sekitar Keramat dipenuhi orang ramai yang beratur seawal premis dibuka pada pukul 8 pagi.

MESTI BACA : Bantuan Untuk Rakyat Terjejas Akan Diumumkan Tidak Lama Lagi

Netizen di media sosial kebanyakannya menyifatkan orang ramai sedang melakukan panic buying (pembelian panik) tetapi sebenarnya orang ramai keluar membeli barang hanya lebih sedikit sebagai persediaan untuk duduk di rumah sepanjang Lockdown.

Rata-rata orang ramai yang beratur tidak dilihat membeli barangan dengan jumlah yang melampau cuma seperti biasa sebagai persediaan untuk terus kekal di rumah tanpa perlu keluar.

Di pasar raya Giant di Setiawangsa, orang ramai mula beratur menunggu untuk masuk ke dalam premis sejak pukul 8 pagi lagi. Ia susulan pihak pengurusan pasar raya menghadkan jumlah pengunjung yang masuk untuk mengawal penjarakan fizikal para pelanggan.

Pada waktu tengah hari, keadaan sedikit kerana ramai orang sudah pun membuat pembelian pada waktu pagi.

Berpandukan pada perkembangan semasa, jika berjaya menurunkan jumlah kes, kerajaan akan meneruskan Lockdown peringkat seterusnya dengan beberapa sektor akan mula dibenarkan beroperasi secara berperingkat.

Kerajaan melalui kenyataan dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri, bantuan untuk rakyat serta sektor ekonomi yang terjejas pada Lockwodn kali ini akan diumumkan dalam masa terdekat. – SEPATAH DUA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *