Kena Scam Ke Ni? Seorang Pengukir Berjaya Jual Arca Halimunan Dengan Harga €15,000 Euro
1 min read
Pengukir, Salvatore Garau yang berjaya jual sebuah arca halimunan.
Dalam cerita ini, siapa kena scam dengan siapa sebenarnya?
Atas alasan seni, seorang pengukir arca berjaya menyakinkan peminat hasil seni apabila berjaya menjual sebuah arca halimunan dengan harga €15,000 Euro (RM75624.63) dalam satu sesi lelongan bulan lepas.
Dalam hal seni, apa pun kalau betul penjelasannya boleh digelar karya seni walaupun ia tidak dapat dilihat. Ia mirip seperti cerita pendek turun-temurun kisah raja tanpa baju.
Menurut laporan portal berita as.com, harga asal arca tersebut diletakkan antara €6,000 hingga €9,000 Euro dan dinaikkan selepas menerima beberapa bidaan.
Arca halimunan itu adalah karya pengukir warga Itali, Salvatore Garau, 67 tahun, diberi nama ‘Io Sono’ yang bermaksud ‘Saya warga Itali’.

Menurut Garau ia sebenarnya merujuk kepada keadaan spiritual dan bukan keadaan fizikal seseorang itu. Dalam erti kata lain, ia sebenarnya tidak wujud.
Menurut portal Itali 24 News pula, hasil karya Garau itu perlu diletakkan di dalam rumah persendirian dalam kawasan 5×5 kaki.
Tambahnya, pembeli karya Garau itu akan menerima sijil penjualan yang ditandatangani oleh Garau sendiri. Garau turut memuat naik video memaparkan hasil karyanya itu di akaun Instagram miliknya.
View this post on Instagram
“Sekarang ia wujud dan akan bertapak di sini buat selamanya.
“Anda tidak melihatnya tetapi ia sebenarnya wujud. Ia diperbuat daripada udara dan semangat seseorang,” katanya. – SEPATAH DUA