December 6, 2023

COVID-19 : Pekerja Bank Di India Datang Kerja Bersama Tangki Oksigen Kerana Cutinya Ditolak

2 min read

Arvind Kumar hadir bekerja di pejabatnya dengan memakai topeng oksigen yang disambungkan bersama tangkinya sekali.

 

Seorang pekerja bank di India yang sedang dalam tempoh pemulihan selepas dijangkiti COVID-19 menggemparkan seluruh India kerana dia tidak dibenarkan bercuti oleh majikannya dan dipaksa pergi bekerja dan bawa bersama tangki oksigen.

Pekerja bekernaan, Arvind Kumar bertugas sebagai Pengurus di Punjab National Bank (PNB) di cawangan Bakaro di negeri Jharkhand hadir bekerja dengan memakai topeng oksigen bersama-sama tangkinya sekali yang disambungkan dengan tiub.

Dalam satu video yang tular di India, dia dengan jelas menyatakan bahawa majikan tidak membenarkan dia berehat dan diarahkan bekerja walaupun sedang sedaya upaya melawan penyakitnya.

Video itu menunjukkan, isteri Arvind dan anaknya mengheret tangki oksigen telah viral sejak lebih seminggu lepas, mencetuskan kontroversi di media sosial India.

“Doktor telah memberitahu saya bahawa saya memerlukan tiga bulan untuk pulih sepenuhnya kerana jangkitan penyakit ini sudah merebak ke paru-paru saya,” menurut Arvind kepada portal Livehindustan.

Ketika ini, sektor perbankan di India sedang berdepan kecaman teruk di India pada masa sama negara itu sedang bergelut dengan krisis COVID-19 yang merekodkan ratusan ribu jangkitan baharu setiap hari.

Majikan Arvind menudunya sengaja mengadakan cerita tentang majikannya memaksia dia bekerja walaupun sedang sakit.

Menurut satu kenyataan oleh bank PNB Bakaro, Arvid menipu tentang dakwaan dia dipaksa bekerja walaupun sedang sakit bertujuan memalukan pihak bank tempat dia bekerja.

Dia sudah menyerahkan surat peletakan jawatan tetapi ia ditolak kerana Arvind sedang disiasat tentang kes berkaitan pinjaman.

Menurut portal Livehindustan, keluarga Arvind mendakwa pihak bank mengugut untuk memotong gajinya jika dia tidak datang bekerja sehingga dia terpaksa juga hadir bekerja walaupun masih memerlukan bantuan pernafasan dengan tangki oksigen. – SEPATAH DUA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *