September 24, 2023

Pesakit COVID-19 Berumur 18 Hingga 60 Tahun Berjumlah 10,834 Orang Di Negeri Sembilan

1 min read

Polis memeriksa dokumen pemandu di Plaza Tol Seremban ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) November tahun lepas.

 

Seramai 10,834 orang atau 65 peratus daripada semua 16,676 pesakit COVID-19 di Negeri Sembilan berumur dalam lingkungan 18 hingga 60 tahun, sehingga tarikh 27 Mei yang lepas.

Pengarah Kesihatan Negeri, Datin Dr Harlina Abdul Rashid, berkata ini berikutan golongan itu kumpulan umur yang aktif dan lebih terdedah kepada risiko jangkitan kerana lebih kerap berada di luar rumah, termasuk di tempat belajar, bekerja atau melakukan aktiviti sosial.

“Hampir 4,000 individu daripada keseluruhan jumlah berkenaan kumpulan berisiko berumur 61 tahun ke atas yang dilaporkan setakat ini, dengan Seremban merekodkan jumlah tertinggi.

“Sebanyak 8,158 kes pula ada kaitan dengan kluster di negeri ini, selain pesakit paling muda dijangkiti wabak COVID-19 pula berumur kurang daripada sebulan dan paling tua warga emas berusia 90 tahun,” katanya di sini.

Semalam, Negeri Sembilan merekodkan 586 kes baharu COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif wabak itu di negeri ini sebanyak 27,288 kes.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *