December 6, 2023

Duit Hampir RM1,000 Rosak Dan Reput Kesan Disimpan Dalam Tabung Tin

2 min read

Inilah rupa wang kertas yang rosak dan reput selepas disimpan di dalam bekas tin bersama wang syiling.

 

Jika hendak menyimpan wang di dalam tabung di rumah, rupa-rupanya bukan boleh hanya disimpan begitu sahaja tetapi ia perlu disimpan dengan baik untuk mengelakkan duit berkenaan rosak dan reput.

Seorang pengguna Facebook Lily Noorly Mohd Noor berkongsi satu kejadian yang terjadi kepada kawan baiknya apabila duit kertas yang disimpan di dalam tabung tin hampir kesemuanya rosak dan mereput kesemuanya hampr RM1,000. Lebur niat hendak menabung.

Menurut beliau di laman Facebook beliau pada 23 Februari lepas, duit-duit itu hancur ketika kawannya mencuba untuk membuka lipatan duit kertas berkenaan.

Allahuakhbar… Sekadar perkongsian bersama 🥺🥺🥺 terjadi pada sahabat baik sendiri… Niat menabung akhirnya leboq macam tu ja… Semua duit2 dia mereput… Qelai… Hancoq bila nak cuba bukak lipatan… Kalau ada sesiapa yg simpan duit dalam tabung tin bercampoq duit syiling rasanya elok dielakkan… Nak kata apa lg dah kan…

Hampir rm1k leboq mcm tu ja… Bwk pi bank x tau la bank nak terima ka dak 😰😰😰 be strong sahabat…

Edit: Alhamdulillah… Alhamdulillah… Terima kasih yg share dan bagitau boleh tukaq dan bank terima… Dia akan bwk p bank… Mudah²an dipermudahkan dan dapat balik ganti… Dia kata kalau tau jd mcm ni mmg x akan smpn mcm tu…

 

Nampaknya, kena ada cara yang betul juga untuk simpan duit di rumah.

Orang-orang dulu bermacam-macam cerita mereka simpan duit. Kebanyakan cerita popular ialah simpan bawah bantal, bawah tilam, celah lipatan baju dan ada yang simpan di bawah alas meja di meja makan.

Ada juga yang simpan di celah buku, dalam dinding, bawah lantai kayu, dalam pasu bunga dan kotak kasut.

Difahamkan duit berkenaan rosak kerana disimpan dalam tabung tin dan bercampur dengan duit syiling dan apabila tin itu berkarat ia turut memberi kesan kepada wang kertas yang disimpan. – SEPATAH DUA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *