Di Indonesia Ada Durian Tiada Berduri, Namanya Durian Gundul
2 min read
Ketua Bahagian Pemeriksaan dan Pensijilan Benih Provinsi Nusa Tenggara Barat, Maisin menunjukkan buah Durian Gundul yang terhasil di Lombok, Indonesia.
Orang Malaysia sudah biasa mengenali dan menyukai buah durian. Kita juga menanam pokok durian dengan banyak di seluruh negara dan ada yang dieksport ke negara lain.
Tapi, anda tahu tak ada sejenis buah durian yang tak berduri. Ia ada di Asia Tenggara dan kini ia ditanam di Indonesia.
Pada mulanya ia ditemui di Lembah Compostela di Bandar Davao, Filipina sekitar 1950-an.
Ketua Bahagian Pemeriksaan Dan Pensijilan Benih Provinsi Nusa Tenggara Barat, Maisin berkata sebelum ini orang ramai mengatakan bahawa buah durian tidak berduri hanya satu cerita dongeng.
“Alhamdulillah, saya lega… Kini orang tak menganggap cerita durian yang gondol satu kisah dongeng lagi,” katanya memetik laporan asal dari portal Mongabay.
Durian ini turut diberi nama Durian Gundul kini ditanam di Indonesia bermula pada 2007 di Kampung Trenggaluh dekat dengan Gunung Rinjani.
BACA JUGA – Seramai 594 Doktor Meninggal Dunia Ketika Gelombang Kedua COVID-19 Melanda India
Ia ditemui seorang lelaki bernama Dominador Pascual, Penguasa Stesen Eksperimen Davao dan berapa pokok durian tersebut ditanam di Llaneza Farm, di Mulig, Torril, dekat Calinan.
Pada 27 Jun 1964, Presiden Filipina, Diosdado P Macapagal pernah menanam sendiri pokok durian tak berduri di Stesen Eksperimen Davao.
Keunikan buah ini terletak pada buahnya yang tidak memiliki duri seperti buah durian yg lain. Bentuk buahnya kelihatan seperti tempurung kelapa, dengan berat sekitar 800-900 gram.

Buah yang matang mengeluarkan aroma khas durian. Rasa buahnya enak dan manis dengan kandungan gula 14 -15%. Ketebalan isi 0.5 cm.
Durian ini merupakan tanaman durian yang mengalami mutasi bentuk oleh alam sehingga duri-duri di seluruh kulitnya tidak ada.
Ada yang kulitnya betul-betul licin dan ada juga yang menghasilkan bentuk seperti duri tetapi tidak tajam.
Maisin berkata hanya kira-kira dua peratus daripada bunga durian ini akan menghasilkan buah manakala selebihnya akan mati begitu sahaja.

Apa yang unik tentang pokok durian ini ialah, ia hanya akan menghasilkan buah apabila bunga buah durian jantan dan betina berada rapat dan dekat.
Daripada 40 pokok yang diambil pada 2007, pihak berkuasa pertanian berjaya menghasilkan 23,000 benih dan ia dihantar ke banyak pusat pertanian untuk disemai dan ditanam.
Bagaimanapun, hanya satu pokok sahaja yang berbuah sekarang. – SEPATAH DUA