Had Masa 2 Jam Di Pusat Beli-Belah Ditarik Balik Serta-Merta
1 min read
Had masa dua jam yang dikenakan kepada pengunjung pusat beli-belah sebelum ini ditarik balik dan ditangguhkan serta-merta oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Perkara itu dimaklumkan oleh Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP, Azman Adam.
“Pengguna bagaimana pun masih boleh datang ke premis perniagaan untuk berbelanja cuma jangan ambil masa terlalu lama.
“Ini sebagai langkah mengurangkan risiko jangkitan selain memastikan orang ramai lebih menghabiskan masa di rumah daripada di pasar raya atau kedai yang tidak sepatutnya,” katanya selepas mengetuai Ops Bersepadu Pemeriksaan SOP Akta 342 di Lotus Extra Bercham di Ipoh, semalam.
Peraturan had masa dua jam itu dikuatkuasakan kementerian berkenaan pada bulan lepas untuk pengunjung ke pusat beli-belah.
Tindakan itu mendapat kritikan pelbagai pihak dan mendakwa pelaksanaan SOP itu tidak membantu mengekang penularan COVID-19.