September 26, 2023

Jumlah Yang Sudah Terima Vaksin COVID-19 Kini 4,102,936 Orang – Dr Adham Baba

1 min read

 

Jumlah pemberian suntikan vaksin COVID-19 sehingga 10 Jun 2021 ialah sebanyak 4,102,936 dos pertambahan sebanyak 157,949 dos.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dalam ciapannya di Twitter berkata jumlah yang sudah menerima dos pertama ialah 2,835,178 orang.

“Daripada jumlah berkenaan, 1,267,758 orang sudah menerima dos kedua,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah meluluskan cadangan untuk memanggil warga perubatan seperti pesara, graduan, doktor daan jururawat sukarelawan serta swasta untuk melibatkan diri dalam program vaksinasi sebagai usaha mencapai sasaran kadar vaksinasi tinggi negara.

Dr Adham berkata golongan itu akan menyumbang kepada peningkatan jumlah tenaga di pusat vaksinasi dan berperanan sebagai pemvaksin serta menguruskan kes di pusat pemerhatian.

Dalam sidang media perkembangan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan bersama Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin di Putrajaya semalam, beliau berkata langkah itu membantu Malaysia mencapai kapasiti 200,000 dos vaksin sehari menjelang bulan depan.

“Langkah yang mendapat kelulusan ialah semua houseman (doktor pelatih) yang ada di hospital kita dan dalam posting keenam, mereka akan kita gerakkan ke pusat vaksin sebagai pemberi suntikan vaksin dan menguruskan kes di pusat pemerhatian.

“Kedua, mereka yang merupakan graduan dari sekolah perubatan seperti doktor, doktor gigi, MA (pembantu perubatan) atau jururawat, kita mula gerakkan mereka untuk diberikan latihan dan lesen amalan bagi mengendalikan pusat vaksin.

“Ketiga, mereka yang pencen dan tamat perkhidmatan awal juga, kita panggil supaya beri tumpuan pada program ini,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *