September 24, 2023

NGO Islam Ajak Semua Pihak Bantah Langkah SUHAKAM Cuba Iktiraf Jantina Ketiga

1 min read

 

Lebih dari 150 buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam membantah langkah Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) yang sedang mengkaji untuk mengiktiraf kewujudan jantina ketiga dalam masyarakat di negara ini.

Jantina berkenaan sebenarnya tidak wujud iaitu Transgender atau Mak Nyah.

Dalam satu kenyataan bersama hari ini, gabungan NGO itu menggesa semua pihak termasuk selain bukan Islam tanpa mengira latar belakang pertubuhan, masyarakat mahupun individu tampil menyatakan pendirian mereka untuk menolak tindakan suruhanjaya hak asasi terbabit.

“Bantahan terhadap pengiktirafan jantina ketiga tidak hanya dibuat oleh satu pihak, malah disertai dan disokong oleh pelbagai pihak.

“Justeru tu, kami mengajak setiap pihak tanpa mengira NGO, persatuan, parti politik, masyarakat sivil dan individu serta umat Islam secara keseluruhannya bersepadu bangkit menyatakan pendirian mereka dengan tegasnya menolak pencabulan akademik, pembaziran kewangan serta masa yang terbukti bercanggah dengan kehendak Perlembagaan, agama dan budaya negara kita.

“Kami membidas tuduhan anti ilmu dan anti intelektual yang dikenakan kepada sesiapa yang membantah kajian ini kerana ahli akademik dalam gabungan NGO ini secara jelas mengenal pasti ketidakbebasan penyelidik apabila sebarang hasil atau dapatan kajian mestilah ke arah menyokong objektif yang telah ditetapkan terlebih dahulu oleh SUHAKAM iaitu untuk membangunkan reformasi perundangan komprehensif bagi menetapkan garis panduan pengiktirafan gender untuk golongan transgender di Malaysia,” katanya.

Gabungan NGO itu turut meluahkan kebimbangan jika jantina ketiga diiktiraf kerana ia boleh menyumbang kepada masalah keruntuhan institusi kekeluargaan.

Justeru, tegas gabungan itu, SUHAKAM perlu menghentikan sebarang usaha ke arah pengiktirafan jantina ketiga termasuk tawaran penyelidikan yang ada tujuan jelas mengiktiraf golongan itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *