August 12, 2022

Bank England Cetak Wang Kertas 50 Pound Baharu

1 min read

Bank England mula mencetak wang kertas 50 pound baharu menampilkan wajah Alan Turing yang merupakan seorang saintis komputer dan pakar matematik.

Alan dilahirkan pada 1912 di West London dan pernah menghasilkan nombor yang boleh dikira pada 1936 ketika berusia 24 tahun.

Beliau juga terlibat dalam perkembangan awal komputer di National Physical Laboratory dan University of Manchester.

BBC melaporkan, perkembangan itu menandakan keseluruhan koleksi wang kertas dihasilkan daripada plastik buat pertama kali.

Wang kertas 50 pound dan 20 pound tidak boleh digunakan lagi di kedai bermula Oktober tahun depan.

Sebanyak lima juta wang kertas baharu dihasilkan dalam masa sehari di bank itu.

Pelbagai matawang lain turut dicetak di bank itu dan dihantar ke banyak negara di seluruh dunia.

Meskipun penggunaan wang tunai semakin merudum semasa urusan pembelian terutamanya ketika pandemik Covid-19 melanda, permintaan wang kertas semakin hari semakin meningkat disebabkan oleh pertambahan penduduk.

Leave a Reply

Your email address will not be published.