December 8, 2022

“Selepas Cucuk Vaksin Covid-19, Tak Boleh Makan Durian” Apa Kata Timbalan Menteri Kesihatan?

1 min read

 

Jangan menyebarkan fakta tidak betul kononnya memakan buah durian memberi kesan kepada individu sama ada selepas atau sebelum mengambil suntikan vaksin Covid-19.

Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, tiada dalam amalan perubatan yang menyatakan demikian sebaliknya pengambilan makanan berkhasiat dan seimbang adalah digalakkan sebelum dan selepas mengambil vaksin.

“Tidak termaktub dalam buku perubatan bahawa tidak boleh makan durian selepas cucuk (vaksin Covid-19), itu tidak betul.

“Yang sebetulnya, kita tidak boleh makan makanan yang terlalu manis kerana itu yang akan membawa masalah kepada kesihatan,” katanya selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Merdeka di sini hari ini.

Noor Azmi berkata demikian bagi mengulas dakwaan tular di media sosial berkaitan seorang individu yang telah divaksinasi meninggal dunia selepas makan durian.

Menurut beliau, hasil bedah siasat ke atas individu berusia 49 tahun itu mendapati punca kematiannya adalah disebabkan serangan jantung.

Katanya, penyebaran maklumat palsu itu telah menyebabkan kekeliruan yang akhirnya mendatangkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat,” ujarnya.

Baru-baru ini, tular di laman sosial apabila orang ramai menerima mesej kononnya seorang individu yang telah divaksinasi meninggal dunia selepas makan durian. -K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *