December 2, 2022

Seorang Kapten Kapal Jumpa Nota Bertarikh 1926 Dalam Sebuah Botol Di Dasar Sungai Cheboygan

1 min read

 

MICHIGAN: Seorang kapten kapal di Michigan, Amerika Syarikat (AS) menjumpai sepucuk nota yang ditulis pada 1926, di dalam sebuah botol di dasar sungai dan berjaya menghubungi anak perempuan penulis surat itu, lapor United Press International (UPI).

Jennifer Dowker, pemilik syarikat pelancongan, Nautical North Family Adventures, berkata botol itu dijumpai ketika menyelam di Sungai Cheboygan untuk membersihkan bahagian bawah kapalnya pada 18 Jun lalu.

Nota bertarikh November 1926 mengandungi ungkapan: “Adakah orang yang menemui botol ini akan mengembalikan kertas ini kepada George Morrow Cheboygan Michigan dan memberitahu lokasi ia dijumpai?”

Penemuan itu menjadi tular sebaik Dowker memuat naik gambar botol dan nota itu dalam laman Facebook syarikatnya.

Pada Hari Bapa yang lalu beliau menerima panggilan daripada seorang wanita dikenali Michele Primeau.

Primeau,74, berkata bapanya meninggal dunia pada 1995, sering meninggalkan nota di tempat yang sukar dijangka.

“Saya masih ingat ketika kami menukar kabinet ubat di bilik mandi, kami menemui nota yang ditulis di dinding,” katanya.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published.