December 5, 2022

Pelawak Mengaku Boleh Nampak Hantu, Makhluk Ghaib

1 min read

Pelakon dan juga pelawak Mohamad Aizat Ahmad Nazri atau lebih dikenali sebagai Jiggy, 31, mengakui bahawa dia memiliki keistimewaan deria keenam untuk melihat makhluk ghaib (hantu).

Menurut Jiggy, dia pernah berdepan dengan beberapa situasi menyeramkan apabila terlihat kelibat entiti menyeramkan itu termasuk ketika berada di lokasi penggambaran.

“Saya memang berkebolehan untuk nampak entiti ghaib. Saya boleh rasa kehadirannya. Bila bulu roma saya meremang maksudnya dia (hantu) ada.

“Selalunya bila berlaku situasi sebegitu, saya akan duduk baca doa dan tidak memberitahu orang lain. Cuma saya sahaja tahu apa yang saya nampak,” katanya kepada Kosmo!

Ujar peserta Maharaja Lawak Mega itu lagi, dia terpaksa berpura-pura untuk tidak ambil kisah dengan kelibat entiti yang mengganggunya kerana tidak mahu hilang fokus semasa bekerja.

“Bacalah doa juga tapi tak mahu cerita pada semua orang di set sebab nanti beri kesan pula pada kelancaran waktu penggambaran,” katanya.

Jiggy yang ditemui semasa sidang media secara virtual drama Seram Tak Seram baru-baru ini turut berkongsi pengalamannya diganggu ketika melakukan penggambaran drama tersebut yang dilakukan di sekitar kawasan Lembah Klang.

Ujarnya, kalau boleh dia tidak meminta entiti tersebut untuk hadir atau menunjukkan diri, namun semuanya bergantung pada situasi.

“Janganlah minta dia datang. Kelebihan saya ini bergantung juga pada situasi ada waktu entiti tersebut akan menunjukkan dirinya.

“Ada masa dia cuma akan memberi saya ‘rasa’ bahawa dia ada di situ. Selalunya kalau jadi macam itu, saya akan rasa nak muntah, mual-mual, tidak selesa dan akan bagi diri tenang sebentar,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.