December 9, 2022

Pengguna ATM Bank Ditembak Pengawal Keselamatan Atas Alasan Tak Pakai Pelitup Muka

1 min read

Seorang pelanggan yang cuba memasuki bank tanpa memakai pelitup muka dilaporkan ditembak oleh pengawal keselamatan yang menjaga premis tersebut.

Berdasarkan beberapa laporan media tempatan, pelanggan yang bernama Rajesh Kumar mengalami cedera parah akibat insiden tembakan itu.

Lapor Daily Star, kejadian itu berlaku di sebuah cawangan Bank of Baruda di Station Road di Bareilly, Uttar Pradesh, India pada Jumaat lalu.

Ketika kejadian, Rajesh cuba memasuki bank itu kira-kira 11.30 pagi (waktu tempatan) namun dihalang oleh pengawal keselamatan, Keshav Prasad Mishra kerana tidak memakai pelitup muka.

Kedua-dua individu itu kemudian bertikam lidah sehingga menyebabkan Keshav melepaskan tembakan ke arah Rajesh.

Rajesh dikejarkan ke hospital manakala Keshav pula ditahan polis.

Keshav memberitahu pegawai penyiasat dia terpaksa melepaskan tembakan apabila pelanggan tersebut berdegil untuk memasuki premis walaupun sudah dihalang.

Isteri mangsa, Priyanka memberitahu Times of India, Rajesh pergi ke cawangan bank tersebut untuk mengemas kini buku akaun simpanannya.

“Setelah dihalang, suami saya pakai pelitup muka dan cuba memasuki bank, namun sekali lagi dihalang oleh pengawal keselamatan itu kerana sudah tiba waktu rehat,” katanya.

Sementara itu, Bank of Baruda menerusi kenyataan memaklumkan pihaknya kesal dengan insiden tembakan itu dan akan bekerjasama dengan polis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *