May 19, 2022

RM32,770 Hanya Untuk Beli Barang Keperluan Dapur Rumah

1 min read

Kisah sepasang suami isteri berbelanja membeli barangan keperluan dapur sehingga ratusan juta rupiah menjadi tular dalam media sosial.

Berdasarkan video yang dimuat naik dalam TikTok, suami isteri berasal dari Gresik, Jawa Timur itu berbelanja sebanyak hampir 114 juta rupiah (RM32,770).

Jumlah perbelanjaan itu dapat dilihat ketika suami isteri tersebut ingin membayar semua barangan yang dibeli mereka.

Video tersebut dirakam oleh Abdurahman ketika isterinya, Viraalhabsyi berbelanja di sebuah pasar raya di sini pada Februari tahun lalu.

Namun, video itu baru dimuat naik dalam TikTok baru-baru ini.

Abdurahman memberitahu, jumlah itu bukanlah belanja bulanan, sebaliknya membeli untuk seisi rumah, termasuk saudara yang lain.

“Ketika itu, kami tidak dibenarkan keluar rumah susulan sekatan Covid-19, maka kami buat keputusan untuk beli stok makanan bagi jangka panjang.

“Kami juga terkejut kerana tidak menyangka jumlah perbelanjaan boleh menjadi sebanyak itu,” katanya kepada Tribunnews.

Leave a Reply

Your email address will not be published.