September 27, 2021

SepatahDua.My

"KITA SAMA-SAMA MENANG LAWAN COVID-19"

Iklan Jodoh : Cari Suami Kaya Yang Tak Suka Kentut Dan Sendawa

1 min read

Satu iklan jodoh disiarkan di sebuah akhbar di India yang mencari bakal suami kaya yang tidak mempunyai tabiat suka kentut dan bersendawa, menjadi tular di laman media sosial.

Lapor Daily Mail, berdasarkan iklan itu, kriteria tersebut ditetapkan oleh seorang wanita yang menggambarkan dirinya seorang berpendirian teguh, berambut pendek dan memiliki tindikan.

Iklan itu secara tidak langsung ‘mengubah’ streotaip jantina dalam perkahwinan di India.

Seorang pelawak dari Mumbai, Aditi Mittal memuat naik gambar keratan akhbar iklan itu di Twitter sambil berseloroh bertanya adakah seseorang telah mengiklankan nota itu bagi pihaknya.

Mittal berkongsi gambar itu selepas menemukan nota iklan sama yang turut disiarkan di 12 surat khabar di utara India.

Nota itu tertera wanita yang mencari kriteria suami tersebut merupakan seorang yang berpelajaran, dalam lingkungan usia 30an dan bekerja di sebuah organisasi sosial menentang ideologi kapitalisme.

Menurut iklan tersebut, wanita itu mencari lelaki yang tampan, memiliki bentuk badan baik, berusia 25 hingga 28 tahun, pandai memasak dan merupakan satu-satunya anak lelaki yang mempunyai perniagaan besar.

Iklan yang dimuat naik di laman Twitter pada awal bulan ini, menjadi tular sehingga menerima pelbagai reaksi warganet termasuk ada menganggap iklan itu lucu dan mempertikaikan sama ada ia benar atau palsu.

Sementara itu, wanita yang menghantar iklan itu memberitahu BBC bahawa ia hanya sekadar gurauan bersama rakannya untuk menyambut hari jadinya yang ke-30.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *