August 12, 2022

Vaksin Covid-19 Jenis Pfizer, Moderna Beri Perlindungan Seumur Hidup

1 min read

Satu kajian menunjukkan vaksin Covid-19 keluaran Pfizer-BioNTech dan Moderna mampu memberikan perlindungan seumur hidup daripada wabak tersebut.

Lapor Daily Mail, pasukan penyelidik mendapati individu yang menerima mana-mana dua dos suntikan vaksin yang menggunakan teknologi mRNA, mempunyai tindak balas imun yang kuat dan berterusan.

Vaksin tersebut juga menghasilkan tahap antibodi peneutralan yang tinggi terhadap dua varian Covid-19 iaitu Beta dan Alpha.

Ini bermakna individu yang menerima vaksin Pfizer dan Moderna mempunyai imuniti berpanjangan atau berpotensi sepanjang hidup mereka dan mungkin tidak memerlukan dos suntikan lagi, lapor The New York Times.

“Ini petanda baik menunjukkan betapa ketahanan imuniti kita daripada vaksin tersebut,” kata ahli imunologi, Dr. Ali Ellebedy dari Universiti Washington yang juga pengarang utama penyelidikan diterbitkan dalam jurnal Nature.

Bagi kajian tersebut, pasukan penyelidik merekrut 14 orang yang menerima dua dos suntikan vaksin Pfizer dan daripada jumlah itu, sebanyak lapan orang sebelum ini pernah dijangkiti Covid-19.

Para penyelidik mengkaji nodus limfa yang menghasilkan sejenis sel sistem imun yang dikenali sebagai sel memori B.

Berdasarkan laporan The Times, selepas seseorang individu dijangkiti Covid-19 atau sudah divaksin, satu ‘germinal centre’ atau ‘pusat kuman’ akan terbentuk di nodus limfa yang bertindak seperti `boot camp‘ bagi sel memori B.

Germinal centre itu membantu melatih sel B untuk mengenal pasti urutan genetik virus itu serta sebarang varian.

Hasil kajian menunjukkan meskipun sudah empat tahun, individu mempunyai pusat kuman yang aktif dan bilangan sel memori B yang mengenal pasti virus tidak menurun.

Leave a Reply

Your email address will not be published.