Pelan Pemulihan Negara : Ambil Kira Juga Nilai Ambang Negeri
1 min read
Oleh Prof. Dr. Asan Ali Golam Hassan
NILAI ambang yang diperkenalkan adalah suatu yang perlu, iaitu fasa pelan pemulihan dilanjutkan hingga kes baru dapat dikurangkan ke angka 4,000.
Bagaimanapun kerajaan wajar mempertimbangkan juga Nilai Ambang Negeri yang mungkin juga sesuai, walaupun nilai ambang tersebut ialah untuk negara.
Jika digunakan bilangan penduduk 2021 (unjuran) sebagai pemberat dan dikira nilai ambang mengikut negeri didapati; 9 daripada 16 negeri (atau wilayah) jumlah kes baharu lebih rendah daripada nilai ambang negeri (atau wilayah) tersebut, Johor, Kedah, Kelantan, Pahang, Perlis, P. Pinang, Terengganu, WP Putrajaya dan wilayah Sabah.
Tujuh daripada 16 negeri (atau wilayah) jumlah kes baharu lebih besar daripada nilai ambang negeri (atau wilayah) tersebut, Melaka, NS, Perak, Selangor, WP KL, WP Labuan dan Wilayah Sarawak.
Mungkin SOP sektor ekonomi boleh dilonggarkan berperingkat-peringkat untuk negeri (dan negeri yang bersempadan dengannya) yang jumlah kes baharu lebih rendah daripada nilai ambang negeri (atau wilayah) tersebut.
Oleh itu sektor ekonomi di negeri (atau wilayah) tertentu telah boleh bergerak lebih awal, mungkin ke tahap 50-80% tanpa menunggu nilai ambang negara kurang daripada 4,000 kes sehari, dengan syarat mereka tetap mematuhi SOP yang diarahkan dari semasa ke semasa — daripada menunggu sesuatu yang tidak pasti.
Penulis merupakan profesor ekonomi perancangan dan pembangunan di Azman Hashim International Business School, Universiti Teknologi Malaysia.