May 30, 2023

Selepas Pulang Dari Gaza, Ebit Lew Terus Beri Bantuan Barang Dapur Kepada Orang Susah

1 min read

Baru sahaja pulang ke tanah air, Pendakwah terkenal, Ebit Lew bermurah hati mahu memberikan bantuan barang dapur kepada seluruh penduduk Malaysia yang memerlukan.

Ebit dalam satu hantaran di Facebooknya tadi turut meluahkan kesedihannya apabila membaca berita mengenai kes-kes bunuh diri di negara ini.

“Pohon doakan ya. Bantuan barang dapur buat seluruh Malaysia. Sedih sayu berat ujian kita semua di Malaysia.

“Menangis baca berita-berita di Malaysia orang bunuh diri. Sesiapa yang benar-benar perlukan bantuan barang dapur di seluruh Malaysia boleh hubungi nombor ini,” katanya di sini hari ini.

Ebit berkata, bantuan itu juga diberikan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan tanpa mengira bangsa atau agama.

Dalam hantaran tersebut, Ebit turut menyertakan nombor telefon bagi mendapatkan bantuan di kawasan meliputi hampir seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

“Kita semua sebuah keluarga. Team Kasih Umat di Seluruh Malaysia akan membantu. Esok mereka hantar setakat yang mampu,” jelasnya.

Terdahulu, Ebit selamat tiba ke tanah air semalam selepas hampir sebulan berada di Gaza bagi melaksanakan Misi Bantuan Kemanusiaan Gaza Palestin.

Difahamkan beliau kini sedang menjalani kuarantin di lokasi yang ditentukan Kementerian Kesihatan (KKM).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *