September 28, 2023

Tahniah! Golongan Ini Sudah Boleh Merentas Negeri Mulai 5 Julai…

1 min read

BANYAK pengecualian diberikan kepada penduduk di lima negeri yang akan memasuki Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai Isnin ini.

Antara kemudahan tersebut ialah suami isteri pasangan jarak jauh (PJJ) dibenarkan untuk rentas daerah dan negeri di Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan Perlis yang akan beralih ke fasa tersebut mulai 5 Julai ini.

Bagaimanapun, ia masih perlu dapatkan kelulusan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Selain itu, rentas negeri dan daerah juga dibenarkan bagi individu mempunyai kes kecemasan dan vaksinasi juga dengan kelulusan PDRM.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, guru dan pelajar sekolah yang mengikuti kelas peperiksaan juga dibenarkan untuk berbuat demikian.

“Selain itu, untuk sektor perdagangan yang dibenarkan beroperasi adalah kedai buku dan alat tulis, kedai cuci kereta serta kedai gunting rambut.

“Pasar tani dan pasar pagi juga dibenarkan beroperasi serta jualan hanya terhad kepada enam komoditi utama sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media bersama Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini.

Lima negeri yang diberikan kebenaran memasuki Fasa 2 PPN kerana mereka telah mencapai nilai ambang yang ditetapkan dalam pelan tersebut.

Tiga indikator yang perlu dipatuhi bagi membolehkan peralihan kepada Fasa Dua PPN iaitu purata kes harian COVID-19 menurun di bawah 4,000 kes, kadar penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) pada paras sederhana dan kadar vaksinasi bagi populasi yang telah menerima dua dos lengkap mencapai 10 peratus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *