December 8, 2022

Bomba Kerahkan Unit Udaranya Untuk Bantu Proses Vaksinasi Masyarakat Orang Asli

1 min read

Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) akan kerahkan unit udaranya bagi Program Vaksinasi Masyarakat Asli di kawasan pedalaman Gua Musang, Kelantan.

Menurut Pengarah JBPM Kelantan, Jainal@Zainal Madasin, penggunaan helikopter akan melancarkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) membabitkan penempatan Orang Asli di negeri itu.

Selain unit udara, bomba turut menyumbang bas bagi dijadikan unit vaksinasi bergerak ke kawasan luar bandar.

“Jadi bukan setakat bas ini digunakan untuk pengurusan jenazah tetap kita bantu dengan helikopter untuk melancarkan PICK kepada mereka yang memerlukan di Gua Musang,” katanya.

Sementara itu Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, vaksin dos tunggal untuk masyarakat Orang Asli dijangka tiba di Kelantan dalam masa terdekat.

“Kita jangka terima banyak vaksin pada bulan Julai ini dan penggunaan bas ini boleh mempercepatkan lagi pengedaran vaksin di kawasan kampung.

“Pihak bomba juga telah menawarkan sebuah helikopter untuk digunakan bagi melakukan aktiviti vaksinasi di kawasan pedalaman,” katanya.

Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaludin sebelum ini berkata masyarakat Orang Asli bakal menerima suntikan dos tunggal bagi memudahkan urusan logistik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *