December 8, 2022

1 Juta Dos Pfizer : Agong Zahir Setinggi-Tinggi Penghargaan Kepada AS

1 min read

KUALA LUMPUR, 16 Julai -- Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.
Potret rasmi Seri Paduka Baginda dikeluarkan sempena dengan Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI pada 30 Julai ini.
--fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA


Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan Amerika Syarikat (AS) atas sumbangan sejuta dos vaksin Pfizer.

Istana Negara dalam satu hantaran di Facebook berkata, sumbangan itu adalah bagi meningkatkan keupayaan proses vaksinasi di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

“Bekalan vaksin berkenaan tiba di Lapangan terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang menerusi penerbangan Raya Airways pada pukul 8.10 pagi kelmarin, sehari selepas sambutan ulang tahun ke-245 kemerdekaan Amerika Syarikat.

“Sumbangan ini merupakan sebahagian daripada 80 juta dos yang telah dijanjikan oleh Presiden Amerika Syarikat Joe Biden kepada negara-negara maju dan membangun,” katanya dalam hantaran tersebut hari ini.

Menurutnya, Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan penghargaan kepada Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Menteri Sains, Tenologi dan Inovasi merangkap Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba.

Jelasnya, penghargaan itu adalah atas pelaksanaan kerjasama antara kerajaan Malaysia dan AS dalam menjayakan sumbangan bekalan vaksin tersebut.

“Menjunjung titah Seri Paduka Baginda, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin turut menyampaikan ucapan terima kasih Baginda kepada Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Brian McFeeters.

“Sumbangan ini jelas membuktikan persahabatan dan hubungan baik yang terjalin sejak sekian lama di antara kerajaan dan rakyat kedua-dua negara. Semoga sumbangan bekalan vaksin ini membantu negara memerangi pandemik Covid-19 dan memperhebatkan lagi PICK,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *