August 13, 2022

Perlis Lancar Buku Dedahkan Rahsia Perangi Covid-19

1 min read

Perlis pada Isnin melancarkan sebuah buku secara digital bertajuk Rahsia Perlis Perangi COVID-19, yang memaparkan pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan negeri dalam memerangi wabak COVID-19 sejak awal tahun 2020 lagi.

Setiausaha Kerajan Negeri Azman Mohd Yusof berkata buku itu merekodkan usaha serta pengalaman kerajaan negeri menghadapi musuh tidak kelihatan, yakni virus COVID-19, dan kerajaan negeri bercadang untuk menerbitkannya dalam bentuk bahan bercetak tidak lama lagi.

Katanya di awal penularan wabak itu dalam negara, tiada siapa dilihat mempunyai pengalaman dalam menghadapi bencana sedemikian, namun dengan adanya kefahaman yang jitu dalam kalangan agensi kerajaan, pihak swasta dan masyarakat, langkah-langkah menanganinya dapat dilaksanakan dengan cara terbaik.

“Apa yang dihasilkan hari ini merupakan peristiwa bersejarah untuk dijadikan rujukan pada masa hadapan, sekiranya berlaku bencana umpama ini di masa akan datang, maka kita telah ada satu bahan yang boleh dijadikan rujukan,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata buku itu juga mengupas kerjasama antara kerajaan, pihak swasta dan masyarakat dalam memerangi COVID-19, dan kejayaan kerajaan negeri membendung penularan wabak COVID-19 perlu dirakam agar boleh dijadikan sebagai rujukan pada masa hadapan. — BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published.