November 29, 2022

Covid-19 Di Indonesia Makin Tenat!

1 min read

Indonesia kini sedang bergelut dengan penularan COVID-19 yang semakin meningkat.

Lebih memburukkan keadaan adalah bekalan oksigen yang tidak mencukupi.

Pada Rabu, 1,040 kes kematian baharu COVID-19 direkodkan, jumlah tertinggi yang direkodkan negara itu sejak bermulanya penularan pandemik.

Hospital-hospital di negara itu juga berada pada tahap kritikal dengan bekalan oksigen yang semakin berkurangan menyebabkan pesakit yang disahkan positif perlu dibawa pulang.

Daripada jumlah 369 kematian yang direkodkan Sabtu lalu, 45 dilaporkan meninggal dunia di rumah.

Secara keseluruhannya, Indonesia dengan populasi keempat tertinggi di dunia melaporkan hampir 2.4 juta kes jangkitan dengan lebih 63,000 kematian.

Malah jumlah itu juga dilaporkan bukan jumlah sebenar memandangkan jumlah saringan yang kurang.

Hujung minggu lalu, 33 pesakit dengan keadaan tenat akibat COVID-19 meninggal dunia selepas bekalan cecair oksigen lambat tiba di sebuah hospital di Jogyakarta.

Leave a Reply

Your email address will not be published.