August 13, 2022

Bayi Umur 39 Hari Mati Akibat Tulang Rusuk Patah 71, Ibu Bapanya ‘Goncang’

1 min read

Seorang bayi lelaki berusia lima minggu maut selepas ‘digoncang’ ibu bapanya sehingga menyebabkan tulang rusuknya patah 71.

Sean Clark yang baru 39 hari dilahirkan ditemukan mati dalam katil bayi di rumah bapanya berhampiran Bristol pada Januari 2018.

Dalam sesi perbicaraan, mahkamah dimaklumkan Sean diserang sebanyak tiga kali sepanjang hayatnya, menyebabkan bayi kecil itu mengalami patah tulang rusuk dan kecederaan di kepala.

Perbuatan tidak berperikemanusiaan itu didakwa dilakukan oleh ibu atau bapanya.

Sean dilaporkan mengalami kecederaan serius pada tulang rusuknya pada petang 11 Januari dan bayi itu meninggal dunia tiga hari kemudian.

Hasil siasatan dan bukti yang dikumpul menunjukkan bapa bayi berkenaan bertanggungjawab menyebabkan kematian anaknya.

Selain itu, polis turut memaklumkan ibu bayi berkenaan mencari maklumat dalam Google mengenai sebab bayi batuk berdarah.

Malah, wanita itu pernah memberitahu ibunya bahawa Sean sering menangis setiap kali didukung atau diberi susu.

Sementara itu, ibu bapa Sean tidak mengaku bersalah atas dakwaan tersebut dan perbicaraan akan bersambung. – AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published.