October 3, 2023

DARI MATA KITA : Kisah Kesan “Spanish Flu” Di Negara Ini Pada 1918

3 min read

Suasana ketika wabak pandemik Spanish Flu sekitar tahun 1918 hingga 1920. Ia adalah wabak pandemik terburuk dalam sejarah moden dunia.

 

Anda pernah tahu tak tentang wabak pandemik yang terbesar di dunia kali terakhir yang berlaku sebelum COVID-19 iaitu Spanish Flu yang mengorbankan jutaan nyawa?

Pada tahun 1918, wabak penyakit ini bermula di Amerika Syarikat (AS) dan kemudian ia merebak ke Afrika Barat dan Perancis serta ke seluruh dunia. Wabak ini dikatakan berlaku ketika dunia sedang dilanda Perang Dunia Pertama pada masa itu.

Spanish Flu dibawa oleh virus H1N1 Influenza A dan ia berlaku dari Februari 1918 hingga April 1920. Kerosakan yang berlaku ke atas manusia ialah kira-kira 50 juta orang di seluruh dunia terkorban kerananya.

Ia mula dikesan pada 4 Mac 1918 apabila seorang tukang masa bernama Albert Gitchell jatuh sakit di pangkalan tentera, Fort Riley di Kansas, AS. Ia sudah disahkan disebabkan oleh virus berkenaan. Pada 11 Mac tahun yang sama, lebih 100 orang askar telah dimasukkan ke hospital.

Dalam tempoh beberapa bulan wabak Spanish Flu menyerang Tanah Melayu, seramai 34,644 orang meninggal dunia, mengikut laporan rasmi Kerajaan British pada masa itu

Ia dikenali ramai apabila ada kes bawaan Sepanyol ke Perancis pada November tahun yang sama ketika Perang Dunia Pertama berkenaan.

Pada masa itu, negara kita turut menerima kesan dari wabak ini pada ketika itu negara kita masih dikenali dengan nama Tanah Melayu.

Menurut maklumat yang diperolehi dari Jurnal The Episode of the 1918 Influenza In British Malaya, Spanish Flu bermula di Tanah Melayu pada Oktober 1918 sehingga menyebabkan sekolah dan estet ditutup serta jalan raya menjadi lengang.

Kadar kematian kesan dari wabak itu di Tanah Melayu juga tinggi iaitu kira-kira 35,000 orang.

Ia berlaku kira-kira dua bulan wabak itu melanda. Laporan pertama tentang jangkitan Influenza Spanish Flu sudah mula dilaporkan pada Jun 1918 sebelum jangkitan mula menjadi wabak dalam masa hanya beberapa bulan.

Suasana pandemik Spanish Flu yang mirip dengan suasana sekarang ketika negara kita dan seluruh dunia sedang berdepan wabak COVID-19.

Penduduk di Tanah Melayu dulu percaya jangkitan penyakit ini datang dari Singapura dan ia menggelarkannya Demam Singapura. Ada juga yang menggelarnya Demam Eropah kerana percaya ia dibawa oleh orang Eropah yang hadir ke benua ini.

Istilah Spanish Flu di rantau Asia Tenggara hanya digunakan di Filipina pada ketika itu.

Pada awalnya, Pegawai Perubatan di Pahang melaporkan ada berlaku beberapa kes Influenza di Kuantan yang tidak mengakibatkan sebarang kematian.

Sebulan sebelum itu, Presiden Majlis Jawatankuasa Perbandaran Singapura mengumumkan bahawa kadar kematian sana meningkat daripada 25 orang untuk 1,000 orang penduduk kepada 59 orang pada bulan Mei.

Akhbar di Tanah Melayu telah mula melaporkan tentang kewujudan wabak berkenaan tetapi pada masa itu tidak ada pihak yang boleh mengaitkan jangkitan di Singapura ada kaitan dengan wabak Spanish Flu yang berlaku di negara lain.

Dokumen rasmi pertama hanya dihasilkan selepas ada satu laporan perubatan oleh petugas Borneo Utara melaporkan tentang jangkitan di kalangan pekerja asing di atas sebuah kapal dari Singapura yang hendak ke Lahad Datu.

Dipercayai, kedatangan kumpulan pekerja berkenaan menjadi bermulanya jangkitan wabak Spanish Flu secara besar-besaran di Tanah Melayu.

Negeri Sabah adalah negeri paling teruk dilanda Spanish Flu pada mulanya dengan anggaran 40 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk Sandakan, Tawau dan Kudat dijangkiti wabak berkenaan.

Ketika Oktober 1918, wabak berkenaan sudah mula melanda Jeselton sekarang dikenali sebagai Kota Kinabalu sebelum ia disebarkan melalui orang yang menggunakan perkhidmatan keretapi ke Keningau, Tambunan dan Ranau.

Di Semenanjung Tanah Melayu pula, amaran awal tentang risiko wabak bermula pada 12 Oktober 1918. Telegram dari Gabenor British di Afrika Selatan, Jeneral Sydney Buxton kepada wakil kerajaan British di Singapura cuba memberikan amaran tengang “Spanish Fever” yang sedang melanda kawasan di mana dia bertugas.

Dia menjelaskan dengan terperinci simptom dan kadar jangkitan yang melanda serta sifat jangkitan yang sangat mudah menjangkiti manusia sehingga boleh menyebabkan kematian yang tinggi.

Dalam tempoh beberapa bulan wabak Spanish Flu menyerang Tanah Melayu, seramai 34,644 orang meninggal dunia, mengikut laporan rasmi Kerajaan British pada masa itu.

Negeri-negeri Selat iaitu Singapura, Pulau Pinang dan Melaka serta Perak merekodkan angka korban tertinggi dengan Selangor tidak jauh di belakang.

Kalau dibandingkan dengan anggaran jumlah keseluruhan penduduk Tanah Melayu ketika itu yang berjumlah 3.5 juta orang semuanya, Spanish Flu telah meragut hampir 1 peratus daripada penduduk di Tanah Melayu. – SEPATAH DUA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *