September 27, 2021

SepatahDua.My

"KITA SAMA-SAMA MENANG LAWAN COVID-19"

Bilionair Pertama Terbang Ke Angkasa Lepas

1 min read

Usahawan dan juga bilionair terkenal, Richard Branson semalam menjadi bilionair pertama yang terbang ke angkasa lepas dengan roket Virgin Galactic miliknya, lapor akhbar New York Post.

“Ia merupakan pengalaman sekali seumur hidup.

“Kini, apabila melihat kembali dari lapangan angkasa, saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat dalam penghasilan sebuah roket yang menakjubkan dan bekerja keras sehingga sampai ke tahap ini,” kata Branson yang akan berusia 71 tahun minggu depan.

Branson bersama lima pekerja berlepas ke angkasa lepas dari Spaceport Amerika di New Mexico, Amerika Syarikat (AS) pukul 8.30 pagi semalam (waktu tempatan).

Kurang sejam selepas berlepas, kapal VSS Eve itu melepaskan roketnya pada altitud 85 kilometer, lebih jauh berbanding sempadan 80 kilometer yang dianggap AS sebagai sempadan angkasa lepas.

Kesemua kru kemudian dapat merasai pengalaman terapung sebelum kemabli semula ke landasan pada pukul 9.40 pagi.

“Sama seperti kanak-kanak lain, saya mengimpikan saat- saat ini dan sejujurnya tiada apa yang dapat dibandingkan dengan pemandangan di angkasa lepas,” kata Branson.

Branson berkongsi gambar dia bersama seorang lagi bilionair pelancongan ke angkasa lepas, Elon Musk yang turut berada di situ untuk memberikan sorakan.

Penerbangan tersebut bertujuan untuk mempromosikan Virgin Galactic yang sudah memperoleh lebih daripada 600 tempahan untuk pelancongan ke angkasa lepas dengan tiket pada mulanya berharga AS$250,000 (RM1.04 juta) setiap satu. -Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *