August 15, 2022

Penyokong Bola Sepak England ‘Koyak’ Dengan Kemenangan Itali

1 min read

Situasi huru-hara berlaku di luar Stadium Wembley selepas England tewas kepada Itali pada final EURO 2020 menerusi sepakan penalti semalam, lapor sebuah portal berita

Penyokong pasukan bola sepak England naik berang kerana tidak dapat menerima kekalahan mereka lalu bertindak menyerang penyokong Itali di luar stadium.

Peminat pasukan England bukan sahaja memukul penyokong Itali tetapi menghamburkan kata-kata kesat dan rasis serta memijak bendera Itali juga.

Ketika usaha untuk membakar bendera Itali gagal, seorang penyokong England dilihat meludah bendera Itali sementara rakannya memijak bendera itu berulang kali

Sebelum perlawanan bermula, penyokong England telah berbaris di luar Stadium Wembley dengan harapan besar pasukan mereka akan menang, namun mengamuk kerana perkara sebaliknya berlaku.

Pasukan tiga singa itu tewas kepada Itali menerusi sepakan penalti. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published.