August 13, 2022

Kematian Akibat Covid-19 Di Indonesia Adalah Yang Tertinggi Di Dunia

1 min read

Indonesia merekodkan kes kematian harian akibat Covid-19 tertinggi di dunia apabila sebanyak 1,007 kes kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam terakhir.

Lapor Suara.com, Rusia berada di kedudukan kedua dengan 749 kes diikuti India, 720 kes, Brazil 597 kes serta Colombia 528 kes kematian.

Kes harian pula merekodkan sebanyak 36,197 kes di Indonesia diikuti United Kingdom (31, 772), Rusia (25,033) dan Brazil (20,937).

Data terkini itu diperoleh dari worldometers.info yang menyaksikan berlaku peningkatan kes kematian di Indonesia sebanyak 65 peratus dalam minggu terakhir.

Berbanding dua minggu lalu, angka kematian hanya mencatatkan 3,298 kes sebelum meningkat kepada 5,430 kes dalam seminggu terakhir.

Bilangan kes positif di Indonesia turut menyaksikan peningkatan sebanyak 44 peratus dalam tempoh seminggu.

Daripada 162,889 kes selama tujuh hari sejak dua minggu lalu, jumlah kes meningkat kepada 234, 155 kes positif dalam minggu terakhir.

Indonesia kini berada di kedudukan ke-16 global dengan jumlah kes Covid-19 keseluruhan terbanyak iaitu 2.52 juta kes dan 66,464 kematian.

Leave a Reply

Your email address will not be published.