December 2, 2022

Penduduk Sydney Mungkin Akan Terus ‘Berkurung’ Untuk Dua Minggu Lagi

1 min read

Penduduk bandar raya Sydney, Australia dijangka perlu ‘berkurung’ di rumah sekurang-kurang untuk dua minggu lagi, demikian menurut Perdana Menteri New South Wales, Gladys Berejiklian.

Bandar terbesar di Australia ini sudah berada dalam minggu ketiga perintah berkurung bagi mengekang penularan varian Delta.

Sebanyak 97 kes baharu dicatatkan dalam 24 jam terakhir, satu jumlah lebih banyak daripada hari sebelumnya.

“Ini bukan satu berita yang menggembirakan tetapi kita mungkin perlu lanjutkan perintah berkurung selama dua minggu lagi,” kata Berejiklian.

Di bawah strategi “Covid zero” Australia, pihak berkuasa berusaha keras untuk menghentikan penyebaran Covid-19 dalam komuniti sepenuhnya.

Penutupan bandar itu sepatutnya berakhir pada 16 Julai ini tetapi tarikh itu kini ditangguhkan sehingga 30 Julai.

Sebilangan besar penduduk Sydney dibenarkan keluar dari rumah untuk aktiviti bersenam, membeli barang keperluan, bekerja atau berkaitan hal kesihatan tetapi sekolah ditutup dan orang ramai diminta untuk tinggal di rumah.

Beberapa kawasan ‘panas’ dikenakan sekatan lebih ketat, termasuk blok pangsapuri di Bondi yang ditutup sepenuhnya selepas sembilan kes dikesan.

Berejiklian juga tidak menolak sekatan di bandar itu akan menjadi lebih ketat jika kes positif terus meningkat.

Gelombang baharu Covid-19 Australia bermula pada pertengahan Jun lalu dan sejak itu, kes baharu sudah mencatat 864 jangkitan. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published.