September 27, 2023

Tiada Kakitangan KKM Yang Dijangkiti Covid-19 Pada Tahap Lima

1 min read

Tiada mana-mana kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) dilaporkan dijangkiti Covid-19 tahap lima selepas menerima dua dos vaksin sebagai petugas barisan hadapan.

Mendedahkan perkara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, majoriti pesakit merupakan kategori satu dan dua sahaja.

“Bagi kategori tiga dan empat pula, masing-masing tiga orang sahaja dan tiada kes tahap lima,” katanya menerusi ciapan di laman Twitter miliknya semalam.

Tangkap layar ciapan Noor Hisham di Twitter semalam

Dalam perkembangan sama, katanya, seramai 2,779 kakitangan KKM telah disahkan positif Covid-19 meskipun telah lengkap menerima dua dos vaksin mereka baru-baru ini

“Mereka yang bergejala ringan boleh diasingkan di rumah sekaligus mengurangkan kemasukan ke hospital,” jelasnya.

Setakat ini, ciapan itu mendapat lebih 10, 000 tanda kesukaan selain 103 maklum balas daripada pengguna Twitter.

Bagi @GaryM, dia turut menanyakan kepada Dr. Noor Hisham adakah Malaysia mampu untuk menstabilkan jangkitan Covid-19 dalam masa dua minggu seperti yang dikatakan beliau dalam sidang akhbar baru-baru ini.

“Doktor, baru-baru ini ada mengatakan kes Covid-19 akan stabil dalam masa dua minggu, ada kita mampu? Sekarang semua berbeza, kes semakin meningkat,” soalnya.

Pertanyaan lelaki terbabit turut dijawab Dr. Hisham dengan menjelaskan hasrat itu boleh dicapai sekiranya program vaksinasi di Kuala Lumpur dan Selangor terus dipergiatkan.

“Ia mustahil (menurunkan kes) jika kita teruskan momentum untuk memberi vaksin kepada 450,000 orang sehari dalam tempoh dua minggu di Kuala Lumpur dan Selangor,” balasnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *