DARI MATA KITA : Malaysia Perlu Wujudkan Pusat Bersepadu Rawatan Mental Dengan Akses Mudah
1 min read
Satu sesi undian di Twitter menunjukkan 97 peratus daripada 517 undi dari pengguna Twitter SETUJU satu pusat bersepadu rawatan mental dengan akses yang mudah untuk orang ramai perlu diwujudkan.
Satu undian di Twitter kami menunjukkan para pengguna Twitter SETUJU bahawa Malaysia memerlukan satu pusat rawatan mental bersepadu untuk seluruh negara dengan akses mudah kepada orang ramai untuk mendaftarkan diri sama seperti klinik pesakit luar biasa.
Ketika ini, cara bagaimana untuk mendapatkan rawatan sakit mental masih tidak jelas pada orang ramai serta stigma masyarakat bahawa sakit mental itu gila.
Wabak pandemik COVID-19 mengajar kita bahawa masalah mental ialah satu perkara serius dan ia bukan sahaja berlaku hanya semasa krisis pandemik tetapi ia boleh berlaku sekiranya seseorang itu tertekan oleh kerana pelbagai masalah.
Semasa negara dilanda COVID-19 ini, ramai orang alami tekanan dan kemurungan kerana ramai yang terpaksa tidak bekerja serta hilang sumber pendapatan kerana sekatan pergerakan yang dilaksanakan kerajaan untuk menghentikan penularan wabak ini.
Khidmat nasihat psikologi menggunakan talian telefon kadang-kadang tidak mencukupi kerana ramai orang yang sudah berada pada tahap memerlukan rawatan tetapi tidak berbuat demikian kerana tidak tahu ke mana untuk mendaftarkan diri untuk menerima rawatan.
Sebanyak 517 undi diterima dari pengguna Twitter menyatakan bahawa negara ini perlu mewujudkan sebuah pusat bersepadu untuk masalah mental seperti Institut Jantung Negara iaitu sebuah pusat bersepadu penyakit berkaitan jantung.
Selepas itu, jalankan kempen berkaitan masalah dan penyakit mental serta cara untuk mendapatkan rawatan segera.
Kemudahan akses ini boleh mengurangkan kes cubaan bunuh diri apabila orang ramai sedar dan jelas ada saluran untuk mereka mendapatkan khidmat nasihat emosi. Setidak-tidaknya, membuka ruang untuk mereka berfikir bahawa masalah dalam hidup ini masih ada jalan keluar. – SEPATAH DUA