September 24, 2023

Dua Lagi Vaksin COVID-19 Diluluskan Di Malaysia

1 min read

Gambar menunjukkan rupa botol vaksin keluaran Johnson & Johnson.

 

Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (DCA) hari ini meluluskan pendaftaran bersyarat untuk kegunaan ketika bencana untuk dua lagi vaksin COVID-19.

Keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat DCA ke-361 hari ini. Ia adalah untuk vaksin jenama Sinopharm dan Johnson & Johnson (J&J).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata vaksin COVILO ialah vaksin yang dibangunkan China National Biotec Group Company Limited (CNBG), Sinopharm, dan dikenali sebagai vaksin COVID-19 Sinopharm dan ia memerlukan hanya satu dos.

Rupa kotak vaksin COVILO Suspension for Injection COVID-19 Vaccine (Vero Cell), juga dikenali COVID-19 Sinopharm.

Beliau berkata, vaksin J&J yang hanya memerlukan satu dos suntikan pula dibangunkan Janssen Pharmaceutica N.V. dari Belgium.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *