September 27, 2023

PM Arahkan KKM Lebih Bersedia Untuk Hadapi Varian Baharu

1 min read

PUTRAJAYA, 16 Feb -- Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika sidang media secara maya selepas melancarkan Buku Panduan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, hari ini. Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) akan menjadi antara penerima vaksin COVID-19 dalam fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA PUTRAJAYA, Feb 16 -- Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin during a virtual press conference after launching the National COVID-19 Immunisation Programme Handbook, today. All Members of Parliament, assemblymen to be vaccinated in the first phase of the National COVID-19 Immunisation Programme. --fotoBERNAMA (2021) COPYRIGHTS RESERVED

Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kesihatan (KKM) supaya lebih bersedia untuk menerima kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital dan memberikan rawatan terbaik kepada mereka.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini berikutan dunia sedang mencatatkan trend kenaikan kes-kes Covid-19 dengan kemunculan varian-varian baharu yang lebih ganas.

Beliau bagaimanapun berkata, data-data menunjukkan kes-kes Covid-19 yang serius mencatat penurunan ketara dengan pemberian vaksin.

Dengan memberi contoh pesakit dalam kalangan kumpulan warga emas berumur 60 tahun ke atas, Perdana Menteri berkata, trend kemasukan ke Hospital Sungai Buloh bagi kes positif kategori 4 dan 5 menunjukkan penurunan melebihi 50 peratus dalam tempoh sebulan lepas.

“Begitu juga bagi petugas KKM di mana didapati hanya 1.26 peratus dalam kalangan petugas KKM dijangkiti Covid-19 selepas lengkap divaksinasi.

“Sebanyak 99.8 peratus daripada mereka pula hanya mengalami gejala ringan atau tidak bergejala dan tiada yang mengalami Covid-19 kategori 5,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook rasmi beliau hari ini.

Sementara itu, beliau turut memberi contoh vaksinasi di Labuan iaitu tempat di mana varian Delta (sublineage B.1.617.2) mula dikesan di negara ini.

Menurutnya, hasil tindakan segera kerajaan menambah bekalan vaksin di Wilayah Persekutuan itu menyaksikan jumlah kes positif dan kes kematian akibat Covid-19 dapat dikurangkan dengan peningkatan kadar vaksinasi.

Selain itu, katanya, penjelasan Ketua Pengarah Kesihatan bahawa lebih 90 peratus kes positif Covid-19 di negara ini adalah dalam kategori satu dan dua agak melegakan.

“Ini bermakna, kebanyakannya adalah tidak bergejala atau bergejala ringan yang mampu untuk pulih semula,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *