December 8, 2022

4,839 Kenderaan Diarah Patah Balik Selepas Cuba Rentas Negeri Untuk Sambut Aidiladha

1 min read

Sebanyak 4,839 kenderaan yang cuba merentas negeri tanpa kebenaran termasuk untuk pulang ke kampung menyambut Aidiladha diarah berpatah balik pada Jumaat lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ia adalah angka tertinggi pernah dicatatkan sejak Pelan Pemulihan Negara (PPN) dilaksanakan.

“Anggota dan petugas keselamatan negara diarah bersiap-sedia untuk menghadapi pertambahan kenderaan yang cuba merentas negeri tanpa kebenaran termasuk untuk pulang ke kampung menjelang sambutan Aidiladha dua hari lagi.

“Semalam (Sabtu), PDRM melaporkan sebanyak 381,952 kenderaan telah diperiksa di sekatan jalan raya (SJR) seluruh negara.

“Untuk rekod, jumlah bilangan kenderaan diarahkan berpatah balik paling tinggi dicatatkan pada 16 Julai (Jumaat), iaitu sebanyak 4,839 sejak PPN dilaksanakan,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, kerajaan menasihakan orang ramai supaya tidak curi-curi pulang ke kampung dan kekal duduk di rumah supaya tidak dijangkiti dan menjangkiti orang lain.

Tegasnya, peningkatan kes serta kluster disebabkan pergerakan rentas negeri dan ziarah pada Aidilfitri lalu perlu dijadikan iktibar oleh semua pihak.

Katanya, rakyat seharusnya tidak mengambil ringan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan dalam usaha memutuskan rantaian COVID-19.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *