December 2, 2022

Menteri Kesihatan Disahkan Positif Covid-19

1 min read

MENTERI Kesihatan United Kingdom (UK) Sajid Javid disahkan positif COVID-19.

Beliau yang bertanggungjawab atas pengurusan COVID-19 di negara itu kini menjalani kuarantin kendiri sementara menunggu keputusan ujian saringan kedua.

Menerusi video yang dikongsi di Twitter rasminya, Javid memaklumkan sudah mendapatkan dua dos suntikan vaksin.

Jelasnya, ketika ini, simptom yang dialami adalah gejala ringan.

Justeru beliau menggesa agar rakyat Britain yang masih belum menerima suntikan vaksin untuk segera mendapatkannya.

Vaksin jelas beliau mampu melindungi rakyat secara keseluruhannya selain meringankan beban sistem kesihatan awam.

Javid sebelum ini mengambil alih tugas tersebut daripada Matt Hancock yang meletak jawatan gara-gara melanggar sop yang ditetapkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.