August 13, 2022

Polis ‘Tak Layan’ Surat Kebenaran MITI Untuk Rentas Negeri Ketika Aidiladha

1 min read

Police personnels from IPD Cheras checking the motorists during roadblock near Eko Cheras Mall on May 31 before the implement total lockdown.—AZMAN GHANI/The Star

Polis mengesahkan tidak lagi menerima dokumen kebenaran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sebagai kelulusan pergerakan yang sah untuk merentas negeri.

Perkara berkenaan berkuat kuasa bagi tempoh 18 hingga 21 Julai 2021, bagi semua pergerakan rentas negeri.

Dalam satu kenyataan pada Sabtu, Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, arahan ini akan dikuatkuasakan di semua sekatan jalan raya (SJR) di sempadan-sempadan negeri.

Katanya, ketetapan berkenaan diambil susulan terdapat peningkatan bilangan kenderaan di lebuh raya sejak dua hari lalu.

Jelas beliau, ia dibuat bagi mengelak tindakan tidak bertangungjawab sesetengah individu yang menyalahgunakan surat MITI berkenaan sebagai kelulusan merentas negeri sempena sambutan Aidiladha.

Bagaimanapun larangan ini tidak terpakai bagi tujuan kecemasan dengan kebenaran pihak polis, serta urusan vaksinasi.

Leave a Reply

Your email address will not be published.