June 1, 2023

Taliban Minta Kerajaan Afghanistan Senaraikan Nama Gadis Dan Janda Untuk Dinikahi

1 min read

Sebuah kenyataan yang mengaku merupakan anggota Taliban dilaporkan memerintahkan para pemimpin tempatan di Afghanistan untuk menyediakan senarai nama gadis berusia di atas 15 tahun dan janda di bawah 45 tahun.

Taliban meminta kesemua perempuan itu dinikahkan dengan anggota kumpulan tersebut.

Memetik laporan The Sun, Taliban berjanji untuk menikahkan mereka dengan anggota kumpulan itu dan dibawa ke Vaziristan, Pakistan.

“Semua imam dan mullah di daerah yang menjadi perebutan perlu menyerahkan senarai gadis tersebut untuk dinikahkan dengan anggota Taliban,” kata surat itu.

Perkara itu tercetus ketika Taliban melanjutkan serangan besar-besaran untuk merebut wilayah sehingga memaksa ribuan tentera melarikan diri.

Situasi itu menyebabkan golongan wanita ketakutan terhadap masa depan mereka dan melarikan diri dari negara yang dilanda perang itu.

Perintah baharu itu turut memaksa seluruh penduduk Afghanistan dilarang merokok, mencukur janggut dan perempuan dilarang keluar bersendirian.

Golongan ayah di Afghanistan menzahirkan kekhuatiran mengenai Taliban yang akan mengambil anak perempuan mereka dan memaksa mereka menjadi budak suruhan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *