August 13, 2022

Thailand Lanjutkan Tempoh Darurat Sehingga 30 September Depan

1 min read

Jurucakap kerajaan Thailand, Traisulee Traisoranakul kelmarin mengumumkan lanjutan tempoh darurat negara itu sehingga 30 September depan, lapor laman berita Nation Thailand kelmarin.

Tempoh darurat itu dilanjutkan bagi menangani lonjakan kes jangkitan Covid-19 di mana Thailand merekodkan 288,643 kes antara 1 April hingga 9 Julai.

Epidemik itu berpusat di Bangkok dan kawasan sekitarnya di mana jumlah kes meningkat sehingga beribu-ribu dengan kematian yang banyak setiap hari.

Bangkok merekodkan 2,764 kes baharu dengan 41 kematian kelmarin. Greater Bangkok dan kawasan sekitarnya pula merekodkan 5,468 kes baharu.

Kementerian Kesihatan Awam memberi amaran sekiranya sekatan yang lebih ketat tidak dibuat, jumlah kes baharu harian akan meningkat menjadi lebih 10,000 kes dan 100,000 kes bagi tempoh dua minggu berikutnya.

Ini akan menjadikan sistem kesihatan awam negara itu hampir lumpuh.

Tempoh perintah darurat memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk mengenakan tindakan khas bagi membendung penularan virus Covid-19. -Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published.