September 27, 2023

DARI MATA KITA : Kritikan Terhadap KKM Di Media Sosial Tidak Sesuai Dan Tidak Adil

2 min read

 

Sejak kebelakangan ini, dalam media sosial nampak begitu hebat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diserang dan dikritik hebat dengan bermacam dakwaan serta tohmahan.

Personaliti tertinggi dalam kementerian dikritik dari pelbagai sudut berdasarkan rasa marah dan tidak puas hati.

Personaliti dalam KKM seperti Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dilihat paling banyak diberikan pelbagai andaian dan tuduhan.

Sikit agaknya yang tahu bahawa segala keputusan di dalam kementerian dibuat bersama-sama atas perbincangan dengan keutamaan krisis bersama antara Menteri, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan Ketua Setiausaha Datuk Mohd Shafiq Abdullah untuk melakukan yang terbaik untuk memulihkan keadaan negara kita.

Barisan pentadbiran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dari kiri, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia Datuk Mohd Shafiq Abdullah ketika dalam sidang media semalam di Putrajaya.

𝗔𝗽𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗹𝗶𝗵𝗮𝘁 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗺𝗮𝘁𝗮 𝗸𝗶𝘁𝗮, 𝗶𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗽𝗶𝗵𝗮𝗸 𝗞𝗞𝗠 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗸𝘂𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗴𝗮𝗹𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗿𝗯𝗮𝗶𝗸 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗮𝘄𝗮 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 𝗸𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗸𝗿𝗶𝘀𝗶𝘀 𝗽𝗮𝗻𝗱𝗲𝗺𝗶𝗸 𝗖𝗢𝗩𝗜𝗗-𝟭𝟵 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗻𝗱𝗮 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗮𝗵𝗮𝗷𝗮 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝗺𝗮𝗹𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗱𝘂𝗻𝗶𝗮.

Adakah hanya semuanya diletakkan di atas bahu KKM sahaja? Bagaimana pula dengan keengganan sesetengah pihak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang diam-diam cuba merentas negeri pada sambutan perayaan.

Bagaimana pula mereka yang tidak duduk rumah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikenakan di dalam negara kerana masih terdapat banyak kenderaan di atas jalan raya ke sana sini berjalan.

𝗝𝗶𝗸𝗮 𝗱𝗶𝗽𝗮𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴, 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗮𝗱𝗶𝗹 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗲𝗹𝗲𝘁𝗮𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗿𝗶𝘁𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲 𝗮𝘁𝗮𝘀 𝗸𝗲𝗺𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗸𝗮𝗶𝘁𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗮𝗺𝗮-𝘀𝗮𝗺𝗮 𝘀𝗲𝘁𝗶𝗮𝗽 𝗵𝗮𝗿𝗶 𝗺𝗲𝗻𝗰𝗮𝗿𝗶 𝘀𝗼𝗹𝘂𝘀𝗶 𝘀𝗲𝗿𝘁𝗮 𝗽𝗲𝗻𝗱𝗲𝗸𝗮𝘁𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗮𝗻𝘁𝗮𝘀 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗲𝗱𝗶𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗿𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗿𝗮𝗺𝗮𝗶 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗷𝗮𝗻𝗴𝗸𝗶𝘁𝗶 𝗖𝗢𝗩𝗜𝗗-𝟭𝟵 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗺𝗮𝘀𝗮 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴.

𝗗𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗸𝗲𝘀𝗮𝗻 𝗯𝗲𝘀𝗮𝗿 𝘃𝗮𝗿𝗶𝗮𝗻 𝗹𝗮𝗶𝗻 𝘃𝗶𝗿𝘂𝘀 𝗦𝗔𝗥𝗦-𝗖𝗼𝗩-𝟮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗰𝗲𝗽𝗮𝘁 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗯𝗮𝗸 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗸𝗲𝘀𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝘀𝗲𝗿𝗶𝘂𝘀, 𝗞𝗞𝗠 𝗽𝗮𝗻𝘁𝗮𝘀 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗸𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗮𝗽𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗲𝗻𝗮𝗹𝗽𝗮𝘀𝘁𝗶 𝗸𝗲𝘀𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿 𝗷𝗮𝗻𝗴𝗸𝗶𝘁𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗿𝘁𝗮 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗶𝗻𝗱𝗮𝗸 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗲𝗺𝘂𝗹𝗶𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗮𝗱𝗮𝗮𝗻.

Kekurangan katil yang semakin mendesak akan diselesaikan dengan penambahan pelbagai jenis hospital termasuk hospital medan yang disediakan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Hospital yang ada dijadikan hospital rawatan COVID-19 sepenuhnya untuk menumpukan segala usaha di hospital berkenaan untuk rawatan pesakit.

Semalam, dalam Sidang Media Khas Menteri Kesihatan, Datuk Mohd Shafiq juga ada mengumumkan tindakan KKM untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan oksigen yang amat diperlukan bagi untuk rawatan pesakit COVID-19 kategori 4 dan 5. KKM bertindak segera demi keutamaan pesakit.

Pada masa sama, dek perbuatan segelintir orang ramai yang tidak mematuhi SOP ditambah dengan kesan jangkitan varian baharu yang lebih pantas dan teruk, kes semakin hari semakin meningkat.

𝗕𝗮𝗴𝗮𝗶𝗺𝗮𝗻𝗮𝗽𝘂𝗻, 𝗮𝗱𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗸𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗽𝗼𝘀𝗶𝘁𝗶𝗳 𝗯𝗶𝗹𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗸𝗲𝘀 𝗸𝗮𝘁𝗲𝗴𝗼𝗿𝗶 𝟰 𝗱𝗮𝗻 𝟱 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗻𝘂𝗿𝘂𝗻 𝘀𝘂𝘀𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗷𝗮𝘆𝗮𝗮𝗻 𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗜𝗺𝘂𝗻𝗶𝘀𝗮𝘀𝗶 𝗖𝗢𝗩𝗜𝗗-𝟭𝟵 𝗞𝗲𝗯𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮𝗮𝗻 (𝗣𝗜𝗖𝗞).

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

𝗞𝗶𝗻𝗶, 𝗽𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿𝗶𝗮𝗻 𝘃𝗮𝗸𝘀𝗶𝗻 𝗱𝗶𝗴𝗲𝗿𝗮𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗴𝗶𝘁𝘂 𝗰𝗲𝗽𝗮𝘁 𝗱𝗮𝗻 𝗮𝗴𝗿𝗲𝘀𝗶𝗳 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗺𝗯𝘂𝗸𝗮𝗮𝗻 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗯𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸 𝗣𝘂𝘀𝗮𝘁 𝗣𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿𝗶𝗮𝗻 𝗩𝗮𝗸𝘀𝗶𝗻 (𝗣𝗣𝗩) 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝘂𝗿𝘂𝘀𝗸𝗮𝗻 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗝𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻𝗸𝘂𝗮𝘀𝗮 𝗣𝗲𝘁𝘂𝗴𝗮𝘀 𝗞𝗵𝗮𝘀 𝗜𝗺𝘂𝗻𝗶𝘀𝗮𝘀𝗶 𝗖𝗢𝗩𝗜𝗗-𝟭𝟵 (𝗖𝗜𝗧𝗙) 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗽𝗲𝗻𝗴𝗲𝗿𝘂𝘀𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗦𝗮𝗶𝗻𝘀, 𝗧𝗲𝗸𝗻𝗼𝗹𝗼𝗴𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗜𝗻𝗼𝘃𝗮𝘀𝗶 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗷𝘂𝗴𝗮 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗣𝗲𝗻𝘆𝗲𝗹𝗮𝗿𝗮𝘀 𝗣𝗜𝗖𝗞 𝗞𝗵𝗮𝗶𝗿𝘆 𝗝𝗮𝗺𝗮𝗹𝘂𝗱𝗱𝗶𝗻 𝗔𝗯𝘂 𝗕𝗮𝗸𝗮𝗿 𝗱𝗮𝗻 𝗗𝗮𝘁𝘂𝗸 𝗦𝗲𝗿𝗶 𝗗𝗿 𝗔𝗱𝗵𝗮𝗺.

Semalam, jumlah vaksinasi harian juga sudah mencecah lebih 500,000 suntikan dan ia merupakan antara yang terbaik di dunia.

Setiap masa, pasti ada pihak yang tidak berpuas hati serta berniat mahu memberikan persepsi buruk kepada pasukan yang sentiasa bekerjasama untuk menyelesaikan krisis yang melanda negara ini.

Sudah pasti di pihak KKM, mereka tidak akan berhenti serta kurang semangat dalam terus bertindak dan mencari penyelesaian terbaik untuk rawatan kepada pesakit serta keselamatan orang awam dari dijangkiti wabak ini. – SEPATAH DUA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *