September 24, 2023

Makin Ramai Rakyat Malaysia Mencari Kerja

2 min read

Pameran Kerjaya dan Latihan Malaysia (MCTF) yang dianjurkan secara bersama dengan Jobstreet Malaysia dan AIC Exhibition Sdn Bhd dari 6 hingga 12 Julai berjaya menarik lebih daripada 250,000 lawatan pada sepanjang minggu itu.

Pameran tersebut merupakan pertama sekali dianjurkan secara digital dan lebih dari 35,000 lawatan setiap hari mengunjungi MCTF Digital untuk mencari pekerjaan.

Pengarah Urusan AIC Exhibitions Sdn Bhd, Datuk William Ng berkata, “MCTF Digital dijadualkan selama 4 hari, tetapi kerana mendapat sambutan yang baik, kami melanjutkannya selama 3 hari lagi. MCTF dikenali sebagai pameran kerjaya nombor satu di Malaysia untuk para pencari kerja mencari ribuan jawatan kerja di dalam satu acara.

Syarikat-syarikat yang menyertai pameran pada tahun ini turut memainkan peranan yang penting kepada para pencari pekerjaan untuk bekerja semula terutamanya yang terpaksa diberhentikan oleh pandemik.”

MCTF tahun ini, dijenamakan semula sebagai MCTF Digital dan disertai oleh nama-nama terbesar di dalam industri masing-masing. Di antara majikan yang menyertai pameran ini adalah Exxonmobil, Hartalega, KLK, RHB Bank, Samsung, TDCX dan Top Glove.

Semasa pameran MCTF Digital dilangsungkan, pengunjung boleh berinteraksi secara terus dengan majikan tersebut dengan menggunakan fungsi “live chat” untuk mengetahui lebih maklumat tentang syarikat atau kerja yang ditawarkan. Mereka juga boleh mencari dan memohon terus jawatan pekerjaan dari rumah kediaman mereka.

Selain itu, mereka juga boleh menyertai pelbagai webinar yang dianjurkan secara khas kepada para pekerjaan untuk mendapatkan inspirasi dan tips kerjaya dari usahawan dan pakar sumber manusia yang boleh memanfaatkan mereka dari segi kerjaya atau peribadi.

Berdasarkan data pameran MCTF Digital, 28 peratus daripada pengunjung mempunyai lebih daripada 20 tahun pengalaman bekerja, manakala 26 peratus adalah graduan. Ini menunjukkan bahawa pandemik menjejaskan kedua-dua golongan tersebut yang sangat ketara berbanding dengan golongan daripada tiga hingga empat tahun pengalaman bekerja.

Manakala, data juga menunjukkan tiga industri yang utama mewakili latar pengalaman bekerja iaitu daripada perbankan dan kewangan, sektor pembuatan, serta minyak dan gas industri.

Sementara itu, Pengurus Jobstreet Malaysia, Simran Kaur berkata, “Pameran MCTF selama seminggu itu melangkaui jangkaan kita untuk memainkan peranan yang penting iaitu membantu seramai rakyat Malaysia mencari kerja dalam masa pandemik ini,”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *