September 27, 2021

SepatahDua.My

"KITA SAMA-SAMA MENANG LAWAN COVID-19"

Shuib, Siti Sarah Sekeluarga Disahkan Positif Covid-19

1 min read

Pasangan selebriti, Siti Sarah Raisuddin dan Shuib, serta tiga anak mereka, disahkan positif COVID-19.

Menerusi hantaran di laman sosial, Sarah berkata mereka sekeluarga menjalani ujian saringan selepas pembantu rumah mereka didapati positif virus berkenaan, Ahad lalu.

“Ini semua ketentuan Allah, kami menerima dengan hati terbuka dan berlapang dada.

“Mohon semua doakan kami sekeluarga dapat mengharungi 14 hari ini, kami serahkan semuanya kepada Allah,” ujar penyanyi lagu Semakin ini.

Menurut Sarah, dia menganggap ada hikmah di sebalik yang berlaku dan mahu terus berfikiran positif.

“Semua urusan perniagaan dan perkara lain berjalan seperti biasa. Pihak admin akan muat naik di Instagram ini bagi pihak saya,” jelasnya.

Sarah yang sarat hamil tujuh bulan juga tidak dapat menyembunyikan kebimbangan mengenai bayi dalam kandungannya, selain keadaan anak-anaknya yang demam.

Sarah dan Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, berkahwin pada 2011, memiliki tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *