June 1, 2023

Ribuan Pasukan Bekerjasama Seluruh Negara Capai Matlamat Malaysia Keluar Dari Krisis Pandemik

2 min read

Pada masa sekarang, bukan hanya petugas kesihatan yang bertungkus-lumus, ramai orang dari pelbagai latar belakang bekerja untuk capai matlamat yang sama untuk Malaysia kembali pulih.

 

Mungkin amat jarang berlaku pada satu-satu masa, ribuan pasukan di seluruh negara sedang bersungguh-sungguh bergerak bekerjasama untuk mencapai satu matlamat yang utama untuk pastikan negara kita keluar dari krisis pandemik COVID-19.

Pasukan yang ada terdiri dari pelbagai agensi kerajaan serta agensi swasta semuanya dengan matlamat yang sama tetapi peranan berbeza.

Ribuan pasukan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) serta petugas di bawah Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) bekerja dari siang ke malam dalam usaha memulihkan negara.

Bagi petugas JKJAV, pasukan mereka ada beribu di seluruh negara di 2,313 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negara melaksanakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) untuk memberi suntikan vaksin bagi seluruh populasi orang dewasa di Malaysia.

Bagi KKM pula yang dipimpin oleh Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba, puluhan ribu petugas yang terdiri dari doktor, jururawat serta petugas lain juga berpeluh dari pagi ke malam memberikan rawatan dan pemantauan kepada pesakit yang dijangkiti COVID-19 di seluruh negara.

BACA JUGA

Campuran Vaksin AstraZeneca dan Pfizer Tingkatkan Tahap Perlindungan

Walaupun ada pula sebahagian dari mereka terpaksa bekerja di dalam pakaian perlindungan peribadi (PPE) selama berjam-jam, mereka masih kekal kuat untuk menjalankan kerja supaya lebih ramai pesakit dapat sembuh dan kembali menjalani kehidupan seperti biasa.

Di sesetengah tempat ada kekurangan yang berlaku tetapi semua pasukan yang ada ini di semua agensi berusaha memperbaiki keadaan dengan cepat dari semasa ke semasa tanpa henti supaya kerja menyelamatkan negara dalam krisis pandemik ini berjaya dicapai.

Pada bahagian vaksinasi, mereka bekerja keras memberi suntikan kepada lebih ramai orang setiap hari sehingga kini sudah berjaya mencecah 500,000 suntikan sehari untuk mencapai matlamat imuniti kelompok dalam negara ini supaya kita semua boleh kembali hidup secara normal seperti sebelum ini.

Puluhan ribu pasukan yang terdiri dari ramai orang juga bertugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) seluruh negara bagi memastikan proses vaksinasi COVID-19 berjalan lancar dengan lebih ramai orang diberi suntikan dengan cepat.

Di hospital dan pusat-pusat kuarantin, petugas bekerja tak henti memberikan rawatan kepada pesakit COVID-19 di pelbagai kategori supaya mereka cepat sihat dan boleh kembali kepada keluarga.

Tidak ada istilah mengabaikan atau lepas tangan yang dilakukan oleh mana-mana pasukan petugas di seluruh negara seperti kritikan yang dibuat di media sosial oleh para netizen.

Dengan kudrat yang ada serta kemudahan yang diberikan oleh kerajaan ribuan pasukan ini di seluruh Malaysia tetap melakukan yang terbaik demi satu matlamat iaitu Malaysia kembali pulih dan berjaya memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19 yang sudah pun meragut nyawa jutaan nyawa seluruh dunia.

Kata-kata dan tohmahan yang melulu hanya akan membuatkan semangat para petugas serta pasukan yang bekerja kuat seluruh negara luntur kerana mereka sentiasa melakukan yang terbaik. – SEPATAH DUA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *