Lebih 36,000 Pekerja Kilang Sah Positif Covid-19
1 min read
Lebih 36,000 pekerja kilang di 49 wilayah Thailand disahkan positif Covid-19 sejak penularan varian baharu, April lalu.
Memetik laporan Bernama, data diperoleh daripada Kementerian Industri dengan sejumlah 36,861 pekerja di 518 kilang disahkan positif, Khamis lalu.
Data tersebut memperincikan kebanyakan industri yang terjejas adalah pemprosesan makanan melibatkan 99 kilang, eletronik (74 kilang), pakaian (47 kilang), logam (42) dan plastik (36).
Phetchaburi berada dalam senarai wilayah paling tinggi menerima jangkitan wabak dalam kalangan pekerja kilang iaitu melibatkan 4,464 kes.
Wilayah lain Phetchabun (3,487), Prachuap Khiri Khan (2,538), Samut Sakhon (2,496) dan Songkhla (2,209).
Sementara itu, Thailand menerima dos pertama 1.5 juta vaksin Pfizer-BioNTech yang disumbangkan oleh Amerika Syarikat bagi mempercepatkan program vaksinasi di negara itu.